Friday, April 29, 2016

BMW E9 CS 3.5

Assalamu'alaikum.
 
Waaahhhh!! Dah dekat nak cukup 2 tahun jugak aku tak update blog ni. Memang lama sungguh bersarang sampai dah tak nampak rupa blog lagi dah.. huhu. Almaklumlah.. zaman la ni semua pakat update Facebook, Instagram, Twider (Twitter).. macam² lagi la apps kat sehmat fon yang buleh hampa upload sekelip mata walaupun sebenaqnya aku tak la upload sangat pun. Jadi.. oleh kerana munculnya aplikasi mudah dalam fon yang buleh di sentuh hanya menggunakan hujung jari.. maka makin suram dan kelamlah blog yang ada.. tapi.. sebagai seorang yang pernah menjadi blogger ketegaq.. maka hari ni aku pun ambik inisiatif untuk mencoret sepatah dua kata untuk tidak terus mengkelamkan blog aku ni.
 
Kali ni saja la aku nak kongsi pasai satu model keta BMW ni. Keta ni sebenaqnya keta lama.. dah berpuluh tahun keta tu wujud kat dunia ni.. sejak tahun 60an lagi. Tapi oleh kerana keta ni dikeluarkan semula oleh sebuah syarikat pengeluar kereta mainan terkenal.. iaitu Hotwheels maka aku pun tergerak hati la nak share serba sikit.. tapi gambaq saja tau.. hahaha. Keta ni dari jenis BMW model E9 CSL. Kiranya keta ni ada keluaq model biasa untuk jalanan dan ada yang dibuat khas untuk racing kat trek. Ada yang cc dia 3.0 dan ada yang 3.5.. kira lagi laju la.. hoho. Kalau dulu² punya racing kira top jugak la keta ni. Aku nak cerita panjang tak pandai tapi kalau nak tau banyak lagi hampa boleh baca kat sini.











No comments: