Tuesday, June 17, 2014

World Cup 2014

Assalamu'alaikum.

Boleh kata lambat jugak la aku update pasai World Cup ni kan. Saja la nak tumpang kepanasan dan kehangatan peminat² bolasepak dunia mengenai piala yang dianjurkan 6 tahun sekali.. eh.. 4 tahun ka.. eh.. kalau aku salah tulong perbetoi sat na. Macam tu la bila orang yang tak minat bola bercerita pasai bola.. hahaha. EPL ka FA League ka hampeh aku tak tau.. hahaha. Jadi.. sebelum menimbulkan kemarahan peminat² bolasepak terhadap apa yang aku mengarut ni.. lebih baik aku stop. Semoga pasukan² pilihan hampa semua berjaya no. Aku tak tau nak sokong sapa.. kalau ikut naluri aku German dengan Holland.. hehehe. German sebab depa antara negara pengeluar kereta yang masyoq pastu Holland sebab kaler oren.. hihihi.

Olaa Brasil.. apa da cheq merepek.. hehehe

It's Already June

Assalamu'alaikum.

Welcome June!! Sedaq tak sedaq sat saja dah masuk bulan Jun kan?! Aku pon rasa macam baru ja update minggu lepaih (padahai malaih duk ada.. hehe). Rupa²nya kita dah nak sambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Lagi 11 hari lagi lebih kurang.. macamana persediaan kita untuk berpuasa dalam keadaan cuaca yang agak panaih ni? Masya Allah.. aku pon kadang² rasa macam sangat dhaif nak hadapi ujian Allah ni tapi dalam hati duk kuatkan semangat kata, "ni baru panaih dunia..". Bila duk pikiaq² secara rohani.. memang betoi kan.. ni baru Allah tunjuk kat dunia. Akhirat nanti macamana la panaihnya.. cuba bayang matahari sejengkai ataih kepala masa di Padang Mahsyar.. Allahu Akbar.. semoga kita semua dipermudahkan oleh Allah untuk menghadapi dugaan-Nya. Muhasabah diri sikit untuk entry kali ni. Bukan apa.. sebagai manusia biasa.. memang kita kerap lupa dan ralit dengan nikmat dunia. Sementara punya kewarasan dan kesedaran jom sama² kita perbaiki amalan kita jom..


Teriknya matahari.. silau mata cheq (sumber: pakcik Google)
Tak boleh nak bayang kalau matahari ni ataih kepala.. Na'uzubillah (sumber: pakcik Google)