Thursday, April 10, 2014

Teruskan Berlari

Assalamu'alaikum.

Hari ni aku nak bercerita pasai 1 group ni.. dari Korea.. glemer 1 dunia jugak woo.. hehehe. Aku pun mula² tak minat langsung nak tengok rancangan ni tapi terjebak jugak. Aduhai.. dari awai punya la duk elak tak mau tengok.. tapi sampai la la melekat teruih di minda dan di jiwa dengan geng 7 orang manusia ni.. hehehe. Nak tau ka depa ni sapa? Depa la Running Man.. hahaha. Ada 7 orang yang kekai sampai la.. Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Kang Gary, Song Ji Hyo, Ha Dong Hoon dengan Lee Kwang So. Awai² dulu ada Song Joong Ki dengan Li Zhi (tak kenai sangat dia ni tapi dia salah sorang dari group idol After School). Setiap episod depa ada macam² mission nak kena buat pastu ada la artis² jemputan depa pangge mai join shooting. Artis antarabangsa hat penah mai Jackie Chan la selain Park Ji Sung (player MU) yang memang asai Korea tapi yang syoknya dia ada ajak Evra mai join sekali. Lain² kebanyakan artis Korea sendiri. Yang syoknya lokasi game depa buat tempat² menarik dalam Korea. Macam salah satu cara nak promote negara Dae Han Min Guk ni jugak la. Pastu lama² depa mula "running" worlwide sampai China, Taiwan, Thailand dan lain² area Asia ni cuma yang tak syoknya.. Indonesia depa dah pi.. Malaysia ja sampai sudah tak sampai². Yang jadi syoknya sebab depa semua ni lawak dan ada karakter masing². Aku ni nak cerita panjang² karakter sorang² memang malaih.. dia mai dah la perangai biasa kalau ada rasa nak cerita panjang². Kalau hampa nak tau lagi hampa tanya pak long Google no.. bleh kenai depa. Kalau hampa nak tengok episod² Running Man ni bleh klik sini.

Katun ni peminat depa yang lukih
Ni pun antara karya peminat depa jugak la
Team Running Man: (Belakang kiri) Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Yoo Jae Suk. (Tengah) Song Ji Hyo, Kang Gary. (Depan) Ha Dong Hoon@Haroro@Haha
Ni episod masa Jackie Chan dengan Si Won (Super Junior)
Antara mission atau game yang depa kena main.. kena makan tembikai cepat².. artis jemputan episod ni Han Hyo Jo "Areumdamda"
Yang ni episod Park Ji Sung (player MU) dengan IU ni.. tapi tak jumpa pulak gambaq hat Park Ji Sung


No comments: