Thursday, April 10, 2014

Teruskan Berlari

Assalamu'alaikum.

Hari ni aku nak bercerita pasai 1 group ni.. dari Korea.. glemer 1 dunia jugak woo.. hehehe. Aku pun mula² tak minat langsung nak tengok rancangan ni tapi terjebak jugak. Aduhai.. dari awai punya la duk elak tak mau tengok.. tapi sampai la la melekat teruih di minda dan di jiwa dengan geng 7 orang manusia ni.. hehehe. Nak tau ka depa ni sapa? Depa la Running Man.. hahaha. Ada 7 orang yang kekai sampai la.. Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Kang Gary, Song Ji Hyo, Ha Dong Hoon dengan Lee Kwang So. Awai² dulu ada Song Joong Ki dengan Li Zhi (tak kenai sangat dia ni tapi dia salah sorang dari group idol After School). Setiap episod depa ada macam² mission nak kena buat pastu ada la artis² jemputan depa pangge mai join shooting. Artis antarabangsa hat penah mai Jackie Chan la selain Park Ji Sung (player MU) yang memang asai Korea tapi yang syoknya dia ada ajak Evra mai join sekali. Lain² kebanyakan artis Korea sendiri. Yang syoknya lokasi game depa buat tempat² menarik dalam Korea. Macam salah satu cara nak promote negara Dae Han Min Guk ni jugak la. Pastu lama² depa mula "running" worlwide sampai China, Taiwan, Thailand dan lain² area Asia ni cuma yang tak syoknya.. Indonesia depa dah pi.. Malaysia ja sampai sudah tak sampai². Yang jadi syoknya sebab depa semua ni lawak dan ada karakter masing². Aku ni nak cerita panjang² karakter sorang² memang malaih.. dia mai dah la perangai biasa kalau ada rasa nak cerita panjang². Kalau hampa nak tau lagi hampa tanya pak long Google no.. bleh kenai depa. Kalau hampa nak tengok episod² Running Man ni bleh klik sini.

Katun ni peminat depa yang lukih
Ni pun antara karya peminat depa jugak la
Team Running Man: (Belakang kiri) Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Yoo Jae Suk. (Tengah) Song Ji Hyo, Kang Gary. (Depan) Ha Dong Hoon@Haroro@Haha
Ni episod masa Jackie Chan dengan Si Won (Super Junior)
Antara mission atau game yang depa kena main.. kena makan tembikai cepat².. artis jemputan episod ni Han Hyo Jo "Areumdamda"
Yang ni episod Park Ji Sung (player MU) dengan IU ni.. tapi tak jumpa pulak gambaq hat Park Ji Sung


Kebekuan

Assalamu'alaikum.

Dalam kesejukan aircond ofis ni tiba² aku teringat dengan satu cerita katun tajuk dia Frozen. Kesah dia pasai 2 orang puteri adik-beradik yang mana kakak dia ada kuasa magic (katun Walt Disney kalau tak dak magic memang tak sah). Aku ni tak la pandai sangat nak rumuih cerita ni.. tapi apa hat aku nak share pasai cerita ni.. nak kata best sangat tu dak la.. cuma lagu tema dia la yang duk teringat dalam kepala. Tajuk lagu tu Let It Go. Bleh kata satu dunia tau la kot sebab depa nyanyi balik lagu tu dalam 25 bahasa dan yang syoknya dalam Bahasa Malaysia pon ada. Tajuk depa tukaq tajuk asai daripada "Let It Go" kepada "Bebaskan" dan penyanyi dia Marsha Milan Londoh.. ekceli.. aku tak berapa berkenan sikit kalau Marsha nyanyi (jangan marah na peminat Marsha) tapi apapun tahniah jugak la sebab terpilih. Sedap jugak dia nyanyi cuma tak berapa kena ja kalau nak compare dengan Demi Lovato.. hehehe. Kalau nak faham lagu dia memang kena tengok cerita dia dari mula sampai habih.. kalau saja² nak dengaq lagu agak payah sikit la aku rasa kalau nak teruih suka kat lagu dia. Sapa² hat minat kat ceghita katun bleh la pi beli DVD ka, download ka.. sebab bleh kata tak rugi jugak la kalau tengok ceghita ni.


Wednesday, April 09, 2014

The New Me

Assalamu'alaikum.

Lama sungguh haih aku tak update blog aku ni haih. Kalau tengok balik last update.. bulan Jun 2012. Maknanya hampiaq (hampir) setaun dah aku tak update. Kali ni nak try balik main² dengan keyboard. Insya Allah.. dengan beberapa perubahan yang aku dah buat kat blog aku ni, semoga dapat meneruihkan niat suci murni aku ni. Doa² la no..